FAKTOR-FAKTOR BERLAKU KEGIATAN MENGHIDU GAM

FAKTOR-FAKTOR GEJALA SOSIAL BERLAKU (MENGHIDU GAM)

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan masalah sosial ini. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibubapa, masalah keluarga, faktor diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya.Faktor-faktor lain pula seperti sekolah dan masyarakat.

1.    Peranan Ibubapa

Ibu bapa merupakan faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa telah menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Oleh itu, ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut.

Justeru itu, cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Sebagai contohnya, ibu bapa yang mengamalkan cara gaya asuhan yang bersifat autokratik dipercayai menyebabkan lahirnya personaliti seorang remaja yang terlalu agresif, memberontak ataupun sebaliknya iaitu melahirkan individu pesimis. Remaja yang bersifat agresif dan memberontak kebiasaannya lebih gemar menghabiskan masanya di
luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah. oleh itu ini memudahkan lagi mereka untuk ikut terlibat dalam kegiatan yang tidak diingini seperti kegiatan Menghidu gam.

Begitu juga halnya jika ibubapa tidak memberikan pendidikan ugama yang secukupnya. Maka, dari sini bermulalah pengaruh-pengaruh luar yang negatif seperti pengaruh kawan-kawan yang devian, rasa ingin kebebasan seterusnya menyebabkan punca berjinak-jinak dengan kegiatan masalah sosial seperti Menghidu gam.

Selain itu juga, terdapat dikalangan ibubapa yang kurang memberikan masa dan ruang untuk bersama dengan anak-anak mereka. Terutama sekali bagi ibubapa yang penuh dengan komitmen pekerjaan mereka sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka dan anak mereka yang memerlukan perhatian dari mereka.

Dengan demikian dapatlah kita katakan bahawa , “apabila remaja membuat andaian bahawa ibubapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam keluarga terbabit, remaja itu akan berasa marah, kecewa dan memendam perasaan.” Keadaan ini membawa pada perilaku yang tidak baik seperti vandalisme, lepak dan penyalahgunaan
dadah kerana mereka ingin mengelak daripada berada di rumah.

2.    Masalah Keluarga

Faktor kedua penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kerana majoriti dikalangan mereka mempunyai masalah keluarga. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif
dan dinamis.

Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya
dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibubapanya bercerai akan mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang (Goldfarb: Petikan Wan Azmi, 1987).

Selain itu, dengan adanya Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan obor panduan hidup.Dan seterusnya melahirkan personaliti remaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya.sehingga menyumbang
kepada pelbagai gejala negatif termasuklah menghidu gam, penagihan dadah, ponteng sekolah, buli dan lain-lain.

3.    Pengaruh Sekolah

Faktor ketiga pula ialah pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah.Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga.

justeru itu, jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti remaja.Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan Sebaliknya pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula.Ini boleh menyebabkan remaja menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya.

Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh. Hal ini seterusnya menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah, kerana semangat untukbelajar kian luntur dari diri remaja terbabit. Apabila gejala ponteng telah menyerap masuk ke dalam diri remaja, maka dengan itu ia akan mengalakkan lagi pelbagai kegiatan-kegiatan negatif akan dilakukan oleh  remaja seperti  kegiatan menghidu gam.

4.    Rakan Sebaya

Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri seorang remaja, pengaruh rakan sebaya itu adalah sangat kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan pemikiran yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman atau rakan sebaya.

Ini adalah kerana kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja.  Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif.Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. misalnya seperti remaja yang berasal daripada keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini akan  mudah  terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan seperti  meniru dalam peperiksaan, merokok, dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis dadah, menghidu gam, merogol, merompak, dan membunuh.

5.    Diri Sendiri (Rasa Ingin Tahu)

Faktor lain yang membawa kepada berlakunya masalah sosial ini adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja.Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diteroka oleh mereka.Misalnya seperti kegiatan menghidu gam, mereka ingin merasai sendiri rasa setelah kegiatan ini dilakukan.