STRATEGI DAN CARA MENGATASI MASALAH KEGIATAN MENGHIDU GAM

CARA MENGATASI KEGIATAN MENGHIDU GAM

Keruntuhan ahklak remaja yang berpunca dengan kegiatan masalah sosial khususnya kegiatan menghidu gam perlulah sentiasa diberikan perhatian. Justeru itu, strategi mengatasi masalah seharusnya dilakukan. Antara strategi dan saranan tersebut ialah

1.    Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibubapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibubapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Dengan erti kata yang lain Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

(Ini adalah contoh gambar yang diambil dari Google)

(ini adalah contoh gambar yang diambil dari google)

2.    Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak.

(ini adalah contoh gambar yang diambil dari google)

3.    Dengan mewujudkan dan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah yang dapat mengisi masa lapang mereka. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas yang mampu menarik minat mereka untuk terlibat sama. (ini adalah contoh gambar yang diambil dari google)

(ini adalah contoh gambar yang diambil dari google)

4.    Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.

(ini adalah contoh gambar yang diambil dari google)

(ini adalah contoh gambar yang diambil dari Google)

5.    Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

6.    Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah.Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

(ini adalah contoh gambar yang diambil dari google)

Perlu ditekankan bahawa bagi mengatasi masalah kegiatan Menghidu gam ini perlulah ada kerjasama dari semua pihak tetapi bukanlah sahaja kepada satu pihak sahaja. Ini adalah tanggungjawab bersama.”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: