KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa masalah sosial pada masa kini sangat berleluasa, ia bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah juga golongan remaja terutamanya pelajar sekolah.  salah satu masalah sosial yang dilakukan ialah kegiatan menghidu gam. Pada kebiasaannya kegiatan ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor misalnya seperti kurangnya perhatian ibubapa, pengaruh rakan sebaya, remaja yang inginkan untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga pengaruh keluarga.  Justeru itu mereka melakukan kegiatan tersebut khususnya kegiatan menghidu gam sehingga akhirnya boleh memberikan impak dan kesan bukan sahaja kepada diri seseorang remaja itu sendiri, malah juga kepada keluarga, pendidikan dan juga masyarakat serta negara. Oleh yang demikian, bagi menghindari perkara atau kegiatan ini dari terus berleluasa, kita atau pihak yang berkenaan hendaklah sentiasa membentuk beberapa langkah dan strategi bagi mengatasinya masalah sosial ini khususnya bagi kegiatan Menghidu gam.

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

 

” seseorang individu (remaja) mestilah memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan dan kesan yang bakal mereka hadapi, bak kata pepatah:

“SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: