KESAN DAN KEBURUKAN KEGIATAN MENGHIDU GAM

Kegiatan menghidu gam ini mempunyai kesan dan keburukannya tersendiri. Sebagaimana yang kita tahu bahawa Gam mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Oleh itu, Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Disamping itu juga, kesan dari gam tersebut juga memberikan kesan kepada fungsi otak iaitu seperti boleh mengakibatkan seseorang yang mengambilnya secara berlebihan menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan pada bahagian tertentu.

Selain dari itu juga, perlu juga diketahui bahawa apabila remaja terlibat dengan gejala hidu gam, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing sebab ia bukannya dadah. Ini akan menyukarkan kita untuk mengesan mereka yang terlibat dengan masalah ini kecuali ketika mereka sedang melakukannya. Malah ada diantara remaja apabila sudah ketagihan sanggup menggunakan bahan alternatif seperti pencair cat, petrol dan tahi lembu kering. Tahi lembu kering itu dibakar asapnya disedut. Oleh yang demikian setelah seseorang tersebut sudah ketagih maka tidak mustahil  mereka boleh terjebak dengan ganja ataupun dadah.

Justeru itu juga, pelajar yang terlibat dengan gejala menghidu gam ini pada kebiasaannnya hilang minta untuk belajar dan menjadi pemalas dan akhirnya perkara ini boleh mempengaruhi masa depan mereka. Tambahan lagi, mereka yang baharu selesai melakukan kegiatan menghidu gam ini juga selalunya boleh bertindak di luar kawalan dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang lain seperti mengamuk, bergaduh, merempit dan sebagainya.

(ini adalah contoh gambar yang diambil dari google)

(Ini adalah contoh gambar yang diambil dari Laman google)

(Ini adalah contoh gambar yang diambil dari Laman google)

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: